Selasa, 18 Maret 2014

Ayam Serama



Ayam Serama
Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis ayam  yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan dengan  di pantai timur Thailand).
ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Ayam  ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan puncak  popularitinya di Malaysia.
Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan informasi difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepel bagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandingan cantik") dan dihakimi oleh para juri
Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempo waktu yang sangat singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan ayam. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

Ciri-ciri umum
Ayam Serama merupakan ayam teringan(terkecil) di dunia. Biasanya bobot dibawah dari 500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil dibawah 250g telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapat pada badan dan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah. Di Malaysia ia digambarkan sebagai pahlawan berani dan ayam malaikat, kerana penampilan mereka menyerupai manusia. Sumber by Wikipedia.org