Jumat, 31 Januari 2014

Black Sumatra




Black Sumatra
Adalah sejenis ayam yang berasal dari pulau Sumatra. Ayam ini asalnya diimport Sumatra pada tahun 1847 ke Amerika Syarikat dan Eropah bagi tujuan ayam sabung, akan tetapi ia kini diternak bagi tujuan pemeran. Ayam Sumatra Hitam mula dimasukkan ke dalam American Standard of Perfection pada tahun 1883.
Ciri-ciri : Tujuan utama ayam ini dikembangbiakkan adalah bertujuan hanya untuk hiasann kerana memiliki bulu yang menarik. Bulunya seringkali berwarna hitam kehijau-hijauan di seluruh badan dan ekor. Kelainan yang lain adalah biru dan putih. Ayam jantan biasanya memiliki berat di antara 4 hingga 5 paun, dan ayam betina 312 hingga 4 paund. Ia mampu bertelur kira-kira 100 biji telur pertahunya . Ayam jantan dan betina tidak mempunyai balung, dan ayam jantan biasanya mempunyai banyak taji. Black Sumatra dianggap sebagai sejenis ayam primitif : ia memiliki kemampuan untuk terbang, tidak seperti kebanyakan ayam ayam moden pada umumnya. Ayam jantan akan bertarung untuk kekuasaan, akan tetapi tidak seperti kebanyakan ayam lain, ia tidak akan berlawan sehingga mati.



Sumber : "Wikipedia.org"

0 komentar:

Posting Komentar